VISI
Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan serta sektor Korporat untuk memperkasa organisasi, komuniti, dan individu untuk merealisasikan potensi melalui strategi yang praktikal dan berkesan.
MISI KE ARAH PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN KOMUNITI
1) Mengenalpasti keperluan agensi-agensi kerajaan serta syarikat-syarikat korporat dalam pelaksanaan program pembangunan organisasi dan komuniti, serta memberikan jalan penyelesaian untuk melengkapkan keperluan tersebut;
2) Mencapai matlamat impak pembangunan organisasi dan komuniti yang jelas dan boleh diukur untuk memastikan kualiti dan keberkesanan program dalam jangka masa panjang; dan
3) Melaksanakan program pembangunan komuniti yang memberi impak yang jelas terhadap peningkatan status sosio-ekonomi masyarakat Malaysia.