Melalui kerjasama dengan pihak agensi kerajaan dan sektor swasta, PSC berpengalaman luas dalam latihan keusahawanan dan bimbingan perniagaan. Sehingga kini, PSC telah berpengalaman luas melatih sehingga 14,000 peserta di seluruh Malaysia dengan kadar keberjayaan program sebanyak 70%. Malah, program latihan dan bimbingan daripada PSC terbukti memberikan impak yang nyata terhadap para peserta apabila mereka berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga 400% dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan sahaja.
GEM berpengalaman luas dalam melaksanakan program pengurusan kewangan untuk masyarakat daripada pelbagai peringkat umur iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke golongan profesional. GEM telah berpengalaman melatih lebih daripada 5,000 peserta serta pelatih-pelatih program kewangan melalui program literasi kewangan dengan kerjasama daripada sektor kerajaan dan swasta.
Sebagai sebuah NGO, V2T berpengalaman dalam melaksanakan aktiviti untuk masyarakat terutamanya dalam bidang keusahawanan, pengurusan kewangan, hubungan kekeluargaan, dan pemerkasaan belia. Di dalam pelaksanaan program-program mereka, V2T juga bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan serta lain-lain NGO untuk mengenal pasti golongan yang perlu dibantu dalam aspek sosial dan ekonomi. Selain itu, V2T juga bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti-aktiviti amal seperti memberi bantuan terhadap mangsa taufan Yolanda di Filipina pada tahun 2013.
Antara agensi-agensi kerajaan yang telah bekerjasama dengan kumpulan syarikat kami (SINERGI/PSC/GEM/V2T) adalah:
PSC telah melatih golongan B40 di Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui program latihan keusahawanan dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Perdana Menteri
PSC telah meningkatkan pendapatan golongan veteran ATM yang tidak berpencen melalui pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran ATM Tidak Berpencen
PSC telah bekerjasama dengan EPU untuk pelaksanaan Progam Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan para peserta melalui aktiviti keusahawanan
V2T telah bekerjasama dengan pihak JPW untuk pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan dan Transformasi Untuk Wanita dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan peserta
PSC dan V2T mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak JKM untuk pemilihan peserta program pembangunan masyarakat di serata Malaysia
PSC telah melaksanakan program latihan keusahawanan untuk masyarakat di Sarawak dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan peserta
Antara syarikat-syarikat swasta yang telah bekerjasama dengan kumpulan syarikat kami (SINERGI/PSC/GEM/V2T), adalah:
PSC bekerjasama dengan Petronas dan MyKasih Foundation untuk melaksanakan Projek Sentuhan Harapan yang mensasarkan peningkatan pendapatan untuk golongan miskin tegar di Sabah & Sarawak.
PSC bekerjasama dengan Reefcheck Malaysia untuk melatih komuniti di Pulau Sibu, Pulau Mantanani, dan Pulau Tioman dalam bidang keusahawanan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
PSC telah melaksanakan program latihan keusahawanan untuk melatih peserta daripada golongan B40 di Malaysia bagi pihak Microsoft.
GEM telah bekerjasama dengan Yayasan Hong Leong untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 melalui ‘Entrepreneurial Business Intelligence Programme’
V2T telah melaksanakan program peningkatan pendapatan untuk golongan wanita di Kuantan, Pahang
GEM bertanggungjawab sebagai pelaksana untuk Program Pengurusan Kewangan bagi para penuntut universiti di Malaysia.
PSC bekerjasama dengan MBM untuk melaksanakan ‘Kursus Perantis Usahawan Muda’ yang mensasarkan golongan belia dalam latihan keusahawanan.
PSC telah melatih golongan lepasan universiti (fresh graduate) melalui program ‘GEMS 2.0 New Employee Excellence Program (NEEP)’ tentang kemahiran kebolehpasaran (employability) untuk pelajar sebelum mereka menceburi bidang pekerjaan.