Nunc accumsan rutrum leo sit amet blandit. Proin bibendum tincidunt enim. Donec volutpat bibendum nisl eu ultricies.

Kumpulan syarikat kami iaitu syarikat People Systems Consultancy, GEM Systems, serta NGO Vision 2 Transform (SINERGI/PSC/GEM/V2T) bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memperkasa golongan B40 termasuk golongan miskin tegar di Malaysia terutamanya dalam kalangan Bumiputera dan juga komuniti India. Melalui latihan yang kami jalankan, kami berjaya meningkatkan status ekonomi dan sosial komuniti selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang bermatlamat untuk menggalakkan pertumbuhan berpaksikan rakyat.
Pelaksanaan program pembangunan komuniti bukan sekadar tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi juga tanggungjawab utama sektor korporat demi menjamin petumbuhan ekonomi yang menyeluruh dan bermanfaat untuk semua. Malah di SINERGI, kami percaya bahawa pelaksanaan program CSR yang boleh memberi impak berpanjangan terhadap komuniti setempat dapat membantu menaikkan imej korporat serta menyumbang terhadap penambahbaikan pengurusan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) terhadap syarikat yang berkenaan.
Dalam membantu sektor korporat untuk melaksanakan program CSR yang strategik, kumpulan syarikat kami iaitu syarikat People Systems Consultancy, GEM Systems, serta NGO Vision 2 Transform (SINERGI/PSC/GEM/V2T), bekerjasama dengan sektor swasta untuk memperkasa kumpulan-kumpulan sasaran tertentu seperti golongan orang asli, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), para pelajar universiti serta golongan miskin tegar di kawasan pengoperasian mereka. Kumpulan yang disasarkan juga adalah berdasarkan keperluan korporat yang tersendiri.